Wednesday, April 29, 2009

Saifudin akan ketuai jentera KeADILan di Penanti - Malaysiakini

Ahli Parlimen Machang, Kelantan Saifuddin Nasution Ismail akan mengetuai Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil DUN di N12 Penati.

Beliau yang sebelum itu sebagai Pengarah Strategik PKR telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat yang baru menggantikan Azmin Ali.

Pengumuman tersebut telah dibuat sebentar tadi selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, di ibu pejabat parti itu.

Lain-lain perubahan adalah:

Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.

Ketua Task Force : YB Azmin Ali

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul

Pengarah Strategik - YB Tian Chua

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob

Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya

Ketua Komunikasi : Johnson Chong

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

KeADILan pecat 16 ahli khianati parti

Dalam pada itu pada mesyuarat itu juga, keDILan turut memecat 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali , keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam.

Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009.

"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau.

Nama-nama yang dipecat adalah seperti berikut:

1. Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah)
2. Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah)
3. Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah)
4. Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah)
5. Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah)
7. Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah)
8. Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah)
9. Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah)
11. Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah)
12. Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah)
13. Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak)
14. Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak)
15. Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak), dan;
16. Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak).

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

CALON PENANTI SUDAH DIPILIH - Malaysiakini




(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KeADILan bagi kawasan Penanti pada pilihan raya kecil pada 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KeADILan Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KeADILan Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KeADILan. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

- sumber : Suara Keadilan Online..

Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://bloghijat.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://zulmamakpng.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/
http://007malaya.blogspot.com/
http://chetokun.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/

http://paksuper.blogspot.com/

Tuesday, April 28, 2009

CERAMAH DI BAYAN BARU 29 APRIL 2009 - Malaysiakini

Penceramah Undangan:
YB Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang- Pengarah Pilihanraya KeADILan Pusat
Sdr Badrul Hisyam@ Chegu Bard.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi

Tarikh :29/4/2009 - Rabu

Tempat : Dewan MPPP market Pasar Bayan Baru.

Jam : 9.00 malam


Di jemput hadir beramai-ramai dan agar saudara pembaca mendapat input yang berkualiti

Monday, April 27, 2009

Penanti - Penamaan Calon 23 Mei dan Pilihanraya 31 Mei - Malaysiakini

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti - pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama lapan hari.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulau Pinang.

Dengan keputusan itu, ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan menetapkan jumlah penyokong yang boleh dibawa setiap parti yang bertanding pada hari penamaan calon selepas pihaknya melawat pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Note: SPR meneruskan tradisi membela BN dengan menghadkan jumlah penyokong di pusat menamaan calon. Ketakutan sudah mulai menyerap kalbu setiap pimpinan Bee End terutama sekali Bini Rosmah........

Mesyuarat berkenaan calon Penanti akan diadakan pada Rabu ini - Malaysiakini

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Parti Keadilan (PKR) Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat pertama mengenai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Rabu ini.
Menurut Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim beliau akan mempengerusikan mesyuarat tersebut bagi mendapatkan maklum balas awal mengenai calon daripada ketua-ketua bahagian di negeri tersebut.
"Sekarang ini saya masih di Kuala Lumpur, insya-Allah kita akan adakan mesyuarat pertama Rabu ini. Dalam mesyuarat itu nanti kita akan bincangkan mengenainya (calon-calon yang sesuai)," katanya kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan akhir mengenai calon yang layak mewakili parti itu akan diputuskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan PAS juga akan bertanding di kerusi tersebut, beliau yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dengan kaedah musyawarah.

"Selepas mesyuarat pertama PKR, kita akan adakan mesyuarat dengan barisan kepimpinan Pakatan (bersama-sama DAP dan PAS) untuk membincangkan mengenai isu calon mana yang akan mewakili Pakatan.

"Saya yakin pucuk pimpinan Pakatan akan dapat mencapai keputusan terbaik mengenai isu ini," katanya.

Jelas beliau, walaupun mengikut tradisinya kerusi tersebut milik PKR namun perbincangan bersama dapat menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Putrajaya pagi ini.

Thursday, April 23, 2009

Apa Sudah Jadi: Isu Rasuah Bekas ADUN Penanti, Dulu SPRM Mendakwa Adanya Bukti Untuk Cuba Mensabitkan Fairus Tapi Kini Lain Pula Jadinya !!

PULAU PINANG [8.55 am] - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya. Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya. Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus. Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Di Malaysia segalanya mungkin, dah ada kes dan dimajukan kepada bahagian pendakwaan tiba-tiba TAKDAK KES.....Magic-magic-magic....iihhhh apa dah jadi dan apa nak jadi.........

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model terkenal - Malaysiakini



Benarkah model ini didera suaminya seoran kerabat dari Malaysia?






Keratan akhbar di Indonesia


Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

“Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya,” wanita itu dipetik berkata.

Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

“Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan),” wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

“Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik.”

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia - yang pernah tersenarai “100 Pesona Indonesia” - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.

Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu “baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya.”

“Saya sudah menganggap Tengku anak saya,” Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan “permintaan istana Kelantan.”

Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur.

“Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

“Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya,” Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

“Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya,” beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

Sampai bilakah nama Malaysia akan terus tercemar dengan kes-kes sebegini?

Dahulu nama Malaysia busuk apabila Altantuya Shariibuu seorang warga Mongolia mati dibunuh dinegara ini. Hari ini, nama Malaysia busuk dinegara jiran kita Indonesia.

Sekali lagi Jabatan Imigresen bertindak diatas arahan pihak-pihak tertentu.

Hari ini, perdana menteri kita memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia.

Bagaimanakah dia akan menjawab soalan-soalan yang panas ini dari wartawan-wartawan di Indonesia.


ADA berita panas dan berat tersebar dalam internet di Indonesia mengenai Tengku Temenggong, Tengku Mohamad Fakry Sultan Ismail Putra anak Raja Kelantan yang dikatakan melarikan model cantik Indonesia, Monahara Odelia Pinot, 17.

Berita ini geger dan hangat dalam blog-blog sosial dan politik di serata Indoensia. Media massa cetak juga sudah mula turut sama menyiarkan berita ini. Rupa-rupanya kisah percintaan Fakry dengan Monahara yang mesra dipanggil Pinot sudah jadi bahan terlaris di Indonesia sejak beberapa bulan sebelum ini lagi.

Ini tidak menghairankan sebab Pinot kacutan Bugis dan Perancis merupakan seorang model hebat di Indonesia yang disenaraikan dalam 100 model tercantik musim ini.

Sebaba itu apa-apa berita mengenainya mudah hangat dan disensasikan. Apa lagi kalau ia ada hubungan dengan pengeran (anak raja) ia makin menjadi tumpuan.

Saya sendiri mula menyedari berita ini selepas membaca laporan protal berita tribahasa semalam. Laporan protal berita itu yang memetik laporan sebuah majalah (Syura) sungguh mengejutkan dan ini menyebabkan membuka selera untuk membuat serch di beberapa engin internet.

Beratus blog di Indonesia memainkan berita berkenaan. Nampak begitu marah sekali rakyat Indoneisa terhadap apa yang berlaku. Paling memedihkan hati bila membaca komen yang dikirimkan sampai ada yang mahu ganyang Malaysia. Rakyat Indonesia begitu menyayangi warganya dan mudah menunding jari kepada kita.

Ada sebab bagi rakyat Indonesia kalau mereka merasa marah dan kesal atas laporan itu. Mereka tidak mahu kalau warga mereka diculik kemudian diseksa! Bukan saja mereka, kalau terjadi ke atas rakyat kita juga kita akan bertindak demikian. mungkin lebih dahsyat lagi.

Bagaimana pun apakah laporan atau dakwaan ibu Monahara itu, Daisy Fajarina, 44 itu benar belaka? Ada sesuatu yang perlu dicungkil mengenai dakwaan yang dibuat itu. Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan dan terasa anih.

Menurut Daisy anaknya diculik ketika selesai mengadakan umrah awal Mach lalu. Beliau yang turut mengerjakan umrah mendakwa perpisahan alias diculik dengan anaknya berlaku di lapangan terbang. Kayanya Monahara dilarikan dengan pesawat lain manakala beliau bersama seorang anaknya, Dewi menaiki pesawat lain. Macam cerita Hindustan bunyinya!

Selepas itu beliau tidak mengetahui di mana Monahara berada. Maklumat yang beliau perolehi seperti dipetik mengatakan Monahara di dera oleh Fakry. Sumber maklumat itu dari dalam istana Kelantan sendiri.

Dakwaan Fajarina itu boleh dipersoalkan kesahihannya. Apakah wujud cerita yang dilaporkan itu? Dan apakah perpisahan itu boleh dikelasfikasikan sebagai culik?

Bukankah Monahara telah bernikah secara sah dengan Fakry? Kalau sudah menjadi isterinya apakah boleh dikatakan Fakry membawa isterinya itu sebagai diculik?

Majlis perkahwinan Fakry dan Monahara diadakan secara besar-besaran di Kota Bharu Kelantan. Monahara juga telah dibawa ke majlis-majlis yang melibatkan rakyat. Acara ringkas memperkenalkan menantu raja itu kepada rakyat diadakan. Gambar-gambar mengenai majlis itu juga turut sama disebarkan dan membuktikan perkahwinan itu berjalan lancar dan dalam keadaan baik.

Mengenai Monahara diseksa dan dicalar di dada, sebaiknya Daisy dan pihak berkuasa Indonesia lain mendapat laporan tepat dan jitu mengenai keabsahannya. Jangan percaya kepada sumber gelap dari mana-mana sudut. Ingat syaitan suka melagakan manusia di mana-mana saja tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

Hubungan baik antara dua negara boleh manfaatkan bagi menyelesaiakan krisis dua individu ini. Dan kisah ini juga seharusnya tidak dijadikan maslaah dua negara melainkan kisah rumah tangga saja yang membabitkan keluarga di Raja Kelantan dan keluarga Daisy dan Pinot.

Sehubungan itu elok juga kalau pihak istana Kelantan membuat penjelasan mengenai perkara ini. Tuduhan yang dilemparkan dalam blog dan mungkin media Indonesia sedikit sebanyak menjejaskan kemuliaan istana Kelantan yang sekaligus akan mengaibkan anak-anak Kelantan di mana saja berada.

Jangan biarkan perkara ini berpanjangan penyelesaian tuntas hendaklah dibuat sebelum ianya menjadi lebih kusut dan dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang sengaja mahu mencari kesempatan mengeruh dan memburukkan suasana.

http://msomelayu.blogspot.com

Sunday, April 19, 2009

SPR nak reka satu lagi undang-undang gila - Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak.

Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil (PRK) iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Idea ini mungkin timbul apabila jumlah penyokong pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) jauh mengatasi jumlah penyokong Barisan Nasional (BN) dalam setiap kali PRK di negara ini, sama ada semasa hari penamaan calon atau hari pengundian. Lebih ketara lagi ialah pada PRK Bukit Gantang baru-baru ini, apabila kita saksikan pada hari penamaan calon, nisbah penyokong kedua belah pihak ialah 1 (BN) : 10 (PR). Begitu juga pada hari pembuangan undi.

Keadaan ini sebenarnya memberikan kemenangan moral kepada PR sendiri, dan ia boleh dijadikan petunjuk kepada keputusan sesuatu PRK itu. Jadi bagi menutup 'kemaluan' BN, SPR mungkin telah diarahkan untuk mencipta satu peraturan bagi menyekat penyokong setiap parti (sebenarnya untuk PR sahaja) daripada hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada PRK berkenaan.

Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini.
Semua orang tahu bahawa dalam setiap PRK penyokong PR yang datang berduyun-duyun itu datang dengan kerelaan mereka sendiri, dengan perbelanjaan sendiri, bahkan terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk beberapa ketika. Mereka memberikan khidmat dengan penuh ikhlas tanpa meminta dan mengharapkan apa-apa balasan.

Sebaliknya di pihak BN pula, mereka yang datang ramai-ramai (itupun belum cukup ramai) adalah orang-orang yang menerima upah, sama ada wang minyak kenderaan atau belanja makan minum. Kalau tidak ada habuan berupa benda seumpama itu, jangan diharap akan ada orang yang sanggup untuk datang menyokong dan membantu.

Setakat ini rasanya kita tidak pasti dan tidak nampak lagi apakah kaedah dan pendekatan yang akan digunakan oleh SPR bagi merealisasikan hasrat pemimpin-pemimpin BN ini. Kita tunggu perkembangannya...

Wednesday, April 15, 2009

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tersenarai sebagai calon oleh majalah TIME - Malaysiakini



Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tersenarai sebagai calon 100 tokoh paling berpengaruh dunia tahun 2009 oleh majalah antarabangsa Time.

Ini merupakan kali kedua Datuk Seri Anwar dicalonkan oleh majalah tersebut.

Tahun lalu, beliau diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

Elizabeth Wong terima keputusan exco kerajaan minta kekal jawatan - malaysiakini

Elizabeth Wong menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengekalkan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

"Sepanjang hidup saya, inilah merupakan satu keputusan yang paling sukar yang perlu saya dan dengan penuh rasa rendah diri, saya menerima tawaran kerajaan Selangor untuk kekal memegang jawatan saya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Khalid Ibrahim serta Sultan Selangor di atas tunjuk ajar baginda.

Elizabeth juga turut mengucapkan terima kasih kepada para anggota exco, kakitangannya, rakan-rakan ADUN dan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat dan BN, pemimpin PKR, Wanita PKR, ahli akar umbi dan para peguamnya di atas sokongan dan tunjuk ajar mereka.

Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.

Dalam satu kenyataan hari ini, Elizabeth berkata, beliau terharu dengan galakan dan sokongan dari pihak media, kaum keluarga, sahabat handainya, NGO serta ribuan rakyat yang menandatangani petisyen mendesak supaya beliau dikekalkan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas sifat profesionalisme mereka dalam menangani isu tersebut," katanya.

Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menunggu untuk melihat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan foto separuh bogelnya, ditangkap dan didakwa secepat mungkin.

"Satu-satunya hasrat saya ialah untuk berkhidmat kepada pengundi di kawasan saya, kepada negeri ini sebaik mungkin, dengan kerjasama rakyat untuk menjadikan negeri dan negara ini, sebuah tempat yang terbaik untuk didiamani.

"Perjuangan berterusan, dan tugas kita baru bermula," tambahnya..

Elizabeth menyifatkan tempoh dua bulan lalu - sejak tersebar gambar separuh bogelnya itu - sebagai satu pengalaman yang cukup pahit yang tidak pernah termimpi akan berlaku ke atas dirinya atau orang lain.

Katanya, kehidupan peribadinya telah dicerobohi tanpa kerelaannya.

Malah, kata Elizabeth, sehingga petang ini pun, beliau masih menerima ancaman dari orang-orang yang tidak dikenali.

"Ini bukanlah satu skandal, seperti tanggapan sesetengah pihak, tetapi jelas merupakan satu perbuatan jenayah," katanya lagi.

Sehubungan itu, tegas Elizabeth, politik kotor tidak harus dibiarkan menjadi sebahagian daripada budaya politik negara.

"Bagi mereka yang mengeksploitasi dan menyokong perbuatan jenayah seumpama ini, maka perbuatan itu menjadi petunjuk "ahli politik jenis apakah mereka ini".

Elizabeth berkata, beliau berpegang teguh kepada hak seseorang itu terhadap hal-hal peribadi mereka.

"Saya memperjuangkan 'Politik Baru' - politik yang menggalakkan perbincangan intelektual, polimik dan debat ilmiah mengenai ideologi, dan bukannya politik kotor yang mahu mencemar, memfitnah serta melanggar hak peribadi orang lain semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Elizabeth Wong diminta kekal sebagai exco dan ADUN - Malaysiakini



Mesyuarat Exco Selangor hari ini memutuskan menawarkan semula jawatan Exco kepada Elizabeth Wong dengan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan kekal.

Mengumumkan demikian, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Elizabeth setuju dengan tawaran itu, ia berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, Sultan Selangor juga sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu hari ini.

Jika beliau bersetuju menerima keputusan itu yang dibuat oleh Majlis Kerajaan Negeri hari ini, Wong perlu menyambung semula khidmat mulai esok.

Pembantu Wong ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataannya lewat petang ini.

Perkembangan terbaru ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di sini sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu seolah-olah memperlihatkan kerajaan Selangor membelakangkan isu moral, Khalid memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memandang serius isu moral dan sentiasa memastikan pimpinan negeri menjunjung prinsip ini.

"Oleh itu jika ada sebarang bukti yang kukuh, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya.

Menteri Besar memaklumkan bahawa keputusan tersebut juga telah dimaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi.

Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kerajaan negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta siasatan polis sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

Wong merupakan Ketua Penerangan Wanita PKR.

Keputusan itu diumumkan pada penghujung cuti dua bulan yang diberikan kepada Wong ekoran isu tersebut.

Pada Februari lalu, Wong mengemukakan surat tawaran untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid meminta beliau mengambil cuti dan memikirkan semula keputusannya.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah pendirian PKR, beliau menafikan andaian tersebut.

Jelasnya, itu adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri setelah dibincangkan oleh Exco yang mewakili semua parti dalam Pakatan.

Berbanding dengan kes Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Kamaruddin yang telah meletakkan jawatan 8 April lalu, Khalid memberitahu, Wong juga membuat langkah yang sama dengan menulis surat tawar meletakkan jawatan.

Namun, katanya, penelitian kerajaan negeri bahawa apa yang berlaku ialah beliau adalah mangsa keadaan dan oleh itu "ditawarkan semula ke jawatannya."

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR SELANGOR

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.

Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.

Perlu ditekankan di sini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Jawatan TKM 1 Pulau Pinang Kekal kosong - Malaysiakini

GEORGE TOWN: Sepatutnya pada hari pengumuman siapakah yang akan dilantik ke jawatan YKM 1 Pulau Ping terjawab sudah.

Namun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan kekal kosong bagi membolehkan Anwar ada lebih masa selesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Batu Maung , Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Kerusi itu kosong apabila Fairus yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8April lalu.

Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah

Pertandingan Paintball tertutup Angkatan Muda KeADILan - Malaysiakini

BLACK 14- Lupakah rakyat -Malaysiakini







Pic semasa sambutan Black 14 2004, gambar besar DSAI itu cheGuBard yang buat dengan harga RM380, tetapi dirampas Polis dan tidak dikembalikan sehingga kini walau diminta dengan surat rasmi. Celaka betul depa ni..

Imej diatas sudah tentu menginagtkan kita kembali ke zaman sakit disebat FRU, dan lapar ketika dilokap. Black 14, ialah gelaran kepada 14 April dimana seluruh aparat kerajaan telah diperkuda secukupnya demi memenuhi nafsu gila pemimpin. Maka tarikh 14 April setiap tahun dikenang sebagai hari kemuncak kezaliman.

Hari ini 14 April, pagi ini sampai ke pejabat kerja yang bertimbun di selang seli dengan carian mengenai Black 14. Terjumpa tulisan seorang aktivis anak muda Zainul Faqar mengenai Black 14. Mungkin sifatnya selaku anak muda 'terpelajar' maka tulisan beliau boleh dikatakan tulisan antara terlengkap (ringkas dan padat) mengenai Black 14. Maka saya perturunkan dulu tulisan ini sebelum menaip komen dihujung tulisan ini nanti.



BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.
Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim.

Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.

Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.

Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.

Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.

Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.

Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.

Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.

Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.

Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan pernah meraikan BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.

Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).

Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.
Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.

Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.

Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.

Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.
Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard

Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.
Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.

Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.

Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.

DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!

MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?

Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.

DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.

Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?

Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.

Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.

Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – ‘Menghitung Masa Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’.

Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.

Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.
Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.

Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN pada tahun 1969.

Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang F.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.

Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.

BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.

Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara

Tulisan Zainul ini sebagai 'drumming up' menjelang Himpunan Black 14 2008 di Kampung Baru yang meraikan pembebasan penuh Anwar Ibrahim. Ternyata Anwar tidak tunggu lama dari tarikh itu setahun beliau sudah kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Susuk beliau telah berjaya membawa PAKATAN menumbangkan Bn di beberapa siri Pilihanraya Kecil.

Susuk inilah yang kini dibenci dan ditakuti Bn (baca ; pemimpin kianat dan korup). Kini kemudi negara di tangan Najib sebagai antagonis utama dengan menampilkan semula antoagonis lama, Mahathir sebagai penasihat. Kali ini pasti lebih hebat kerana wujud antagonis pembantu yang cukup tamak dan rakus, Rosmah.

Seperti biasa saat mula antagonis baru muncul pasti wajah baik ditunjukkan. Ini untuk melemahkan semangat melawan rakyat agar akur menurut. Sementara menurut pasti protagonis akan diselesaikan sebelum wajah antagonis sebenar dimunculkan.

Jangkaan cheGuBard zaman 'manja' Najib pasti tidak lama sebab ia pemimpin lemah dan naiknya penuh skandal terbeban.

Sasaran Najib sudah tentu memecahkan perpaduan PAKATAN, ketahuilah agen - agen berbayar beliau sudahpun berada dikalangan kita. Kedua selesaikan Anwar secepat mungkin. Menurut sumber dalaman Anwar akan diselesaikan dengan mempercepatkan kes mahkamah dengan semuanya yang pasti mengikut skrip, kehadiran Mahathir amat diperlukan kerana dia penulis skrip dan pengarah Mahakamh terbaik rantau ini. Selepas itu pasti aparat 'keselamatan' negara akan digunakan sepenuhnya untuk melumpuhkan saki baki perlawanan. Maka beraturlah 'kita' menuju negeri yang baru dirampas kuasa itu.

Tika ini ikatan kita makin pecah ada yang mahu terus melawan terang - terangan ada yang akan kata nanti dahulu ambil tempoh tenang tunggu pilihanraya ke 13 sahaja. Selepas dari mula dilakukan kekerasan maka akan pasti pasukan yang menaja 'dealing' ke depan sebab pasukan 'tadah dada' sudah ke dalam. Maka perlawanan dikendurkan, kemudian sedikit demi sedikit akan ramai yang berundur sama ada terbeli atau letih berlawan. Maka itu lah tamatnya skrip episod akhir mengikut tulisan mereka.

Kali ini anak muda perlu berikrar skripnya perlu dirobah. Tempoh selesa antagonis baru jangan diberi lama, dia bukan antagonis lama yang naiknya ditatang dengan harapan cuma dihujung eranya. Antagonis baru naiknya terpalit penuh skandal dan tanda tanya....

Akan ada satu babak dalam episod ini dimana antagonis lama akan sendiri berkrisis dengan pembantu antagonis kerana dua - dua keras kepala dengan mengatakan antagonis baru harus mengikut kehendak mereka.

Ini perlukan peranan pemain - pemain muda yang 'anergetic' dan 'kreatif' sifatnya. Umno kini hanya punya pemain politik tua yang ketinggalan sifatnya, yang muda biologinya tua pemikiranya. Contohnya kenapa juak - juak Umno gila - gila mahukan Najib ambil alih Pm sebelum Pilihanraya kecil baru baru ini... Ini kerana mereka sendiri termakan psywar mereka bahawa Umno lemah hanya kerana Pak Lah dan selepas Pak Lah diganti Umno akan kuat. Sebenarnya tidak tidak Umno memang sudah tua dan melemah bagi anak muda Pak Lah atau Najib tetap sama akan di depani... yang benci dan tak suka Pak Lah ialah orang Umno dan jika Pak Lah ditukar kepada Najib ia hanya beri kesan sedikit kepada Umno bukan rakyat.

Krisis dalaman parti mereka juga makin meruncing, guling mengguling, ADUN mereka tuduh menteri besar mereka mahu bunuh mereka... Ketua Pemuda terasing ke sudut dinding membina parti kononya... antara parti gabungan juga makin terasa...

Semua ini akan menjadi punca antagonis baru akan cepat menunjukkan wajah sebenar. Rakyat seharusnya jangan tunggu lama, perlu terus menyerang sebelum tersangkut tali gantung ke leher masa itu tidak berguna.

cheGuBard pasti ketika 14 April tahun hadapan tidak akan lagi duduk di sini merapu mengetuk komputer riba yang dibeli dengan hutang bulanan ini.

Tahun ini 14 April akan sambut dengan keluarga sahaja...tapi pasti tahun depan ia berbeza....

Tuesday, April 14, 2009

ADUN BN PULAK DIUGUT BUNUH - Malaysiakini

kemaskini 11.17am Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Dipercayai beberapa ADUN BN akan menuju ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.

Krisis terhadap kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini genap setahun selepas perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan menteri besar waktu itu Datuk Seri Idris Jusoh.

Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.

From Malaysiakini

Saturday, April 11, 2009

Ketua Pemuda UMNO Sabah ditahan polis - Malaysiakini

Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan, dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.

Japlin, yang juga menteri muda pembangunan infrastruktur negeri, adalah antara pemimpin Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum pemilihan itu hujung bulan lalu.

Ekoran itu, keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun. Khamis lalu, Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, yang juga dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.

Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang. Hadir sama ialah peguam mereka David Tan dan Nobert Chin.

Difahamkan, Majistret Herlina Muse menolak permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman ke ta Japlin dan Jury selama empat hari lagi selepas mendengar hujah dari kedua belah pihak di prosiding yang diadakan di balai polis tersebut.

"Kedua-duanya ditahan oleh pasukan SPRM dari Putrajaya tanpa pengetahuan SPRM negeri dan dipercayai berkaitan dengan ‘politik wang' sewaktu pemilihan Umno bulan lalu," kata satu sumber.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi Umno Sabah dilaporkan berkata, Japlin kekal sebagai ADUN Usukan dan jawatan timbalan menteri yang disandangnya walaupun lembaga disiplin telah mendapatinya bersalah terbabit dalam politik wang.

Penyokong kuat Khairy

Sementara itu, dua lagi ketua Pemuda negeri - Nizam Abu Bakar Titingan dan Faizal Ampong - turut dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

Mereka tiba di balai polis Karamunsing sejurus selepas Japlin dan Jury dibebaskan.

Nizam adalah timbalan ketua Pemuda Umno Sabah manakala Faizal pula merupakan bekas ketua Pemuda Batu Sapi.

Berikutan penahanan tersebut, difahamkan SPRM turut meneliti kes ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin berhubung politik wang.

Japlin dikenali sebagai penyokong kuat Khairy.

Pada 17 Mac, Khairy didapati bersalah oleh lembaga tersebut selepas ejennya terbabit dalam politik wang, tetapi hanya diberi amaran kerana tidak cukup bukti.

Beliau juga dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, yang dimenanginya selepas menewaskan dua lagi calon - bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Khairy, yang menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, juga tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan Khamis lalu.

Dari Malaysiakini

Dia dipukul Anggota Polis - Malaysiakini



Ibu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan.
Jiknah Harun, 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.

Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.


Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.

Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.
Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan.

Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.

Dari- Malaysiakini

MIC cadang tarik keluar wakil parti itu dalam kabinet - Malaysiakini

MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.

Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.

"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.

Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".

Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.
Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.

Guan Eng terkejut perlantikan Tsu Koon - Malaysiakini



GEORGETOWN -Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) mengakui terkejut dengan pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi.

Menurutnya, beliau terkejut kerana barisan Kabinet baru yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dibarisi pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tsu Koon atas perlantikannya itu dan berharap beliau akan mementingkan kebajikan rakyat negeri ini.

"Beliau (Tsu Koon) patut mengambil peluang sekarang untuk menunaikan segala janji yang ditaburkan oleh partinya sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada media, di sini semalam.

Petang semalam, Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet baru yang dianggotai 28 menteri dan 40 timbalan menteri.

Guan Eng berkata, Gerakan pernah berjanji akan mendapatkan balik projek yang pernah dibatalkan seperti monorel, pengangkutan awam, tebatan banjir serta projek pembangunan pelancongan yang penting untuk rakyat negeri ini.

"Saya berharap beliau akan menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat negeri ini," katanya.

Thursday, April 9, 2009

TERIMA KASIH BLOGGERS DI BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

Kerani Opis ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan berkalung-kalung tahniah kepada semua bloggers yang telah menyumbangkan masa,tenaga,wang ringgit dan peluh serta air liur sepanjang berkempen di Bukit Selambau.
Walaupun di pertengahan kempen cuma kerani opis terpaksa bersengkang mata di pusat media kerana tiada penganti, cuma lain kali kawan-kawan kesiankan kan laa kawan....booked cuti siap-siap naaaa.....
Walau apapun ketika pertempuran mulai teramat sengit Alhamdullillah, Zulmamak, Aloha, Che'gu Bard, x'dak akai, AMKPendang dan Blog N25 dah mula berkampung dan mengupdate terus menerus dari Bukit Selambau....Tak ketinggalan bloggers dari Dewan Pemuda Pas Kedah
Hijat Panjang , Amk Sungai Petani ,Tun Saban Balek, Anil Netto ,PRK Bukit Selambau , Blog Bukit Selambau, KedahLanie..!!
dan Pak Super. Dari dalam bilik kecik di Pusat Media semua bersama berhimpit, mujur satu-satunya aircond tak blow, kalau idak mau pengsan...
Kerani Opis nak memanjangkan permintaan maap andaikata ada perkataan mahupun kelakuan yang menyebabkan kemarahan kengkawan semua memuncak.....paneh-paneh....
Kepada AMK Kedah yang banyak membantu....terima kasihhhhhhh.
Tak lupa Asri tukang supplied makan yang memang sharp on time,SUK Kedah( Budi dan Nasir) , Mejar Azizan dari Alor Star, Sdr Adam Kt Penerangan AMK Kedah, Wan Padang Serai, Razak, Abang Long Padang Serai, Sdr Din Merbok (Wakil Calon) , Cikgu Mi, Cikgu Man , Saiful Izham (Pengarah Jentera) dan Kekanda Jo.....OOooppss Dato Johari Abdul. Sekalung Tahniahhh.

Thanks alot bro......

KEPADA SDR HIJATPANJANG SEMOGA MAKAN UBAT IKUT ATURAN-DAN SEMOGA CEPAT SEMBUH..SEMANGATMU MENJADI CONTOH KEPADA BLOGGERS LAIN. WALAU TAK SIHAT MASIH MEMANTAU DAN MENG-UPDATE PERKEMBANGAN TERKINI..
kot ada bloggers lain terrrrlupa nak masuk nama jgn marahhh....

Kenyataan Media DSAI kemenangan di 2 Bukit - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
8 April 2009
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihan raya kecil pada 7hb April 2009.
Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.
Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.
Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama. Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan Perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.
Kemenangan Dato’ Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.
Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.
Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan. Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.
Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan
menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan. Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.
ANWAR IBRAHIM

Rakyat menolak PM baru - Malaysiakini

Dengan segala tekanan yang diberikan dan penggunaan jentera aparat kerajaan pusta yang melampau jujur dikatakan kemenangan sukar diramal lebih - lebih lagi untuk memperoleh majoriti yang tinggi.Namun sejak dari awal Pilihanraya Kecil ini telah disebut bakal menjadi medan referendum rakyat terhadap 2 perkara besar iaitu untuk melihat repon penerimaan rakyat terhadap PM yang baru dan Kerajaan Haram Bn Perak.Jelas rakyat telah bangkit dengan berani menyatakan pendapat menolak Pm baru dan Kerajaan haram Bn Perak.Hasrat cakap - cakap pemimpin Bn kononya untuk menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Pm baru jelas kempunan.
berikut ialah kenyataan Anwar Ibrahim "Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini.Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama. Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan Perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.Kemenangan Dato’ Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.Kepada pendukung Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaa helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepadapenipuan. Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan. Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda Perubahan dan PakatanRakyat.Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini."

Majlis menamakan barisan kabinet dalam keadaan berkabung - Malaysiakini

Ucapan terakhir cheGuBard malam sebelum Pilihanraya Kecil baru ini dihadapan lebih 10,000 orang di depan Bilik Gerakan AMK Kedah dengan jelas menekankan betapa anak muda berikrar untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno.
Hari ini Najib telah mengadakan majlis menamakan menteri kebinet dalan keadaan penuh kemurungan dan kemelut.
Pertama majlis itu diadakan dalam keadaan Bn masih menahan luka - luka pedih pertempuran dan kekalahan di dua bukit yang jelas digunakan oleh rakyat sebagai referendum terhadap Najib. Bn telah menggunakan semua keupayaan mereka termasuk taktik penipuan yang perbagai namun oleh kerana gelombang penolakan yang besar maka Bn telah kalah.
Kedua najib telah menamakan kabinet dalam keadaan protes dari perbagai pihak dalaman Bn juga. Pertama kekalahan di Bukit Selambau ibarat luka tercurah garam apabila Gerakan menyambut kekalahan Umno dengan menuntut semula kerusi tersebut diserahkan kepada mereka. sila klik sini untuk membaca lanjut.
Keduanya Mca telah menyatakan secara terbuka tidak berpuas hati dengan bilangan dan jumlah kerusi dalam kabionet yang disediakan untuk Mca. sila klik sini untuk membaca lanjut. Ini pasti membebankan Najib lebih - lebih lagi penolakan terhadap najib cukup tinggi dikalangan masyarakat Cina dan jika Mca tidak membantunya maka imejnya akan bertambah teruk.
Kehadiran Mahathir saat akhir pilihanraya telah jelas tidak membantu lansung Bn dalam usaha meraih kembali undi yang hilang. Namun ketakutan Najib terhadap Mahathir mungkin kuat setelah mempelajari sejarah Abdullah yang menjadi amat - amat tidak porpular kerana serangan Mahathir yang amat teruk. Ketakutan ini telah menyebabkan Najib menjemput Mahathir sebagai Penasihat kabinetnya. Maka tidak pelik melihat Khairy tidak ada dalam senarai kabinet. Amat - amat janggal apabila melihat Ketua Wanita mendapat tempat begitu juga Ketua Puteri, malah Mukhriz yang kalah bersaing dalam parti juga mendapat tempat dan Timbalan Khairy, Razali Ibrahim juga begitu, namun tidak Khairy.
Nampaknya jika ini 'trendnya' maka sudah tentu Khairy mendepani jalan sukar dan mungkinkah suku sakat Abdullah akan berdepan tindakan 'perang rasuah' Najib ? Mungkinkah kerana marahnya Mahathir kepada Abdullah maka Mahathir akan menasihatkan najib untuk membenarkan SPRM dan agensi seumpamanya menyiasat keluarga Abdullah yang cukup bermewah sebelum ini, Mahathir tentu berhujah rakyat akan lebih yakin dengan najib jika mereka mereka itu diambil tindakan sedangkan niat utama Mahathir ialah membalas dendam terhadap Abdullah.
Najib yang kita sedari dari awal amat kurang sifat kepimpinan dalam krisisnya. Sebagai contoh Najib berada di kem KuLi pada ketika KuLi menentang Mahathir namun Najib takut 'declare'. Perkara ini dikesan oleh Anwar yang kesian melihat Najib berada di tengah/atas pagar tidak tahu mengambil sikap dan keputusan, lalu menawarkan Najib Kerusi Ketua Pemuda lantas Najib meninggalkan KuLi untuk bersama Mahathir demi Ketua Pemuda yang dijanjikan.
Maka sudah tentu Najib akan mudah di kawal Mahathir yang akan mengembalikan semula polisi projek mega dan penggunaan akta zalim menekan rakyat.
Keputusan membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit Harakah serta Suara keadilan sebenarnya hanya untuk mengaburi mata rakyat. Menang ini menjadi amalam semua PM yang baru naik di Malaysia. Yang terakhir bukankah ketika Abdullah naik dia juga membebaskan beberapa orang tahanan ISA dan ketika zamannya dia juga menangkap ramai lagi dari jumlah yang dibebaskan.
Bebas Altantuya yang menghantui Najib tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Hampir 19 media seluruh dunia telah menulis artikel mengaitkan najib dengan pembunuhan Altantuya. Najib boleh sahaja menyaman semua media ini dan menuntut mereka memohon maaf namun itu gagal dilakukan sehingga kini.
Kepada anak muda Malaysia ayuh teruskan kebangkitan....jadikan najib PM terakhir dari Umno

No changes in the new line up -Malaysiakini

KUALA LUMPUR, April 9 — Datuk Seri Najib Razak announced his Cabinet of 28 ministers today, with many faces retained and Sabah emerging big winners with four members given senior portfolios.
But despite the expectations otherwise, there were only a sprinkling of new faces with many members of Tun Abdullah Ahmad Badawi’s team retaining their jobs albeit with different ministries.
The Cabinet was also marginally trimmed down even though a leaner Cabinet was expected.
Among the ministers dropped were Datuk Azalina Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Amirsham Aziz, Datuk Ong Ka Chuan and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, newly elected as Umno deputy president, was made deputy prime minister.
Influential Sabah lawmaker Datuk Anifah Aman was the most prominent new member of the Cabinet and was given the plum Foreign Ministry portfolio.
Datuk Shahrizat Abdul Jalil, as expected, returned to the Cabinet as the new women’s affairs minister, as did Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who was made minister in the Prime Minister’s Department. Both of them will be appointed senators.
Another new face in the Cabinet is Raja Nong Chik, who was appointed Federal Territories minister.
Among the other prominent appointments were Muhyiddin as education minister and Najib himself remains the first finance minister.
Datuk Husni Hanadzlah was made the second finance minister.
Besides Anifah, the other three Sabah ministers are Tan Sri Bernard Dompok, Maximus Ongkili and Datuk Shafie Apdal.
Datuk Hishammuddin Hussein, who was elected Umno vice-president, was made the home minister while another Umno V-P Datuk Zahid Hamidi will be the defence minister.
Datuk Mustapa Mohamad was made the international trade and industry minister.
As expected, Khairy Jamaluddin, who was recently elected Umno Youth chief, was not offered a Cabinet post.
It was a major slap in the face for him as Datuk Mukhriz Mahathir, whom he beat in the party polls, was made a deputy minister as was his deputy Youth chief Razali Ibrahim.
MCA also maintains its status quo of four ministers in the Cabinet with Datuk Kong Cho Ha as the new addition in place of Datuk Ong Ka Chuan.

Angggota UTK dihukum gantung - Malaysiakini

Hari ini keputusan Azilah dan Sirul digantung persoalanya :
Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.
Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?
Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imegresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?
Mengikut penulis dari Peranchis dia mengakatan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?
Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepnajang keluar dan masuk mahkamah ? Bersambung......

Dari blog che'gu bard

Jumlah undi semua calon di 2 bukit -Malaysiakini




Ex-ADUN Bukit Selambau telah kembali ke Malaysia - Malaysiakini








Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star - sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil semalam.Ketibaannya disambut oleh Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN baru PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.Beliau tiba di lapangan terbang tersebut pada jam 3 petang.Turut menyambutnya ialah peguamnya dan anggota keluarganya. Arumugam sebelum ini meletakkan jawatan exco kerajaan negeri Kedah serta ADUN Bukit Selambau awal Februari selepas mendakwa keselamatannya terancam.Sejak itu beliau tidak dapat dikesan sehinggalah muncul semula hari ini.Tenangkan fikiran di Chennai Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk untuk menenangkan fikiran. Menurutnya, beliau berbuat kerana mahu menjaga keselamatan isteri dan anggota keluarga. Dan katanya, beliau mengambil keputusan untuk balik sekarang, kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.Dalam pilihanraya kecil itu semalam, calon PKR, S Manikumar berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 2,403 undi.Beliau meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.Laporan polis"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat, ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil. tak kan suspek tak ada kot?."Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun. "Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya. Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah..."Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatannya lebih (terjamin)," katanya sambil menambah beliau masih takut lagi


Ditanya sama ada beliau menyesal melepaskan jawatan exco dan ADUN, Arumugam berkata: "Kena jaga keselamatan isteri dan keluarga saya. Kalau rezeki (dah) tak ada, nak buat macam mana..."Kerja dah sebelas bulan, dan tuhan dah bagi rezeki macam tu, nak buat macam mana."Minta maaf .


Ditanya siapakah yang beliau ingat selama berada di Chennai, Arumugam berkata: "Saya teringat isteri dan keluarga saya".Ditanya sama ada beliau teringat rakyat yang diwakilinya, beliau menjawab: "Fikir juga... macam menghampakan penduduk Bukit Selambau, tapi saya berdoa, S Manikumar menang."Arumugam berkata, semasa berada di Chennai, beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa di Malaysia.Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf kerana meninggalkan penduduk yang diwakilinya begitu sahaja, Arumugam berkata, beliau memang mahu memohon maaf sebab mereka telah memilihnya sebagai ADUN. Namun begitu, tambahnya, Manikumar sudah menang di Bukit Selambau dan "beliau boleh sambung tugas-tugasa saya."Ditanya perancangannya selepas ini, Arumugam secara berseloroh berkata: "Saya kena cari kerja..."Pembabitan dalam politik Ditanya sama ada beliau akan terus aktif dalam politik, Arumugam yang juga timbalan pengerusi PKR Kedah berkata, ia terpulang kepada pemimpin atasan PKR. Apa pun, katanya, beliau tetap menjadi ahli PKR. Arumugam turut mengucapkan tahniah kepada Manikumar yang tidak lama lagi akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kedah.Katanya, majoriti yang diperolehi Manikumar mungkin lebih besar jika tidak ada 13 calon bebas yang turut bertanding semalam.Beliau juga menyifatkan kemenangan Manikumar itu sebagai petanda bahawa tsunami politik akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN