Justeru, manusia lebih mudah terpersona dalam ganjaran kewangan dari janji Allah seperti yang dinyatakan dalam KitabNya. Maka beruntunglah bila manusia diredhai akan perjalanan hidupnya berbanding mereka yang hanyut serta tenggelam dalam arus yang seangkatan dengan Syaitan Laknatullah.
Alangkah malangnya cucu kepada seorang ulamak besar Allahyarham Hj Abdul Fahim bakal turun dari takhta dalam keadaan yang cukup keji dan hina dimata ahli-ahli UMNO….segala beban yang selama 22 tahun dibina serta diolah oleh Che Det bakal dileburkan diatas batu jemala Pak Lah. Jangan terkejut akan ada ahli UMNO akan kencing diatas kubur Pak Lah sekiranya beliau meninggal kerana dianggap sebagai pemusnah untuk UMNO untuk memperolehi laba serta sumber haram. Lagipun sikap UMNO seakan-akan sama dengan Syaitan cuma bertopengkan manusia. Akan bertempik soraklah akan ahli UMNO menyalahkan Pak Lah atas sebab kegagalannya membendung Kerajaan PR. Maka beruntunglah mamak bendara yang lalu serta anak didiknya kini bergumbira merayakan kemenangan sementara.
Jangan pula terkejut seandainya Bijan mengkhianati Pak Lah dengan menghumban menantunya jauh-jauh dengan SPRM yang Pak Lah usahakan kerana tindakan yang sama Pak Lah lakukan pada Che Det selama ini. Janji politik dalam kem yang sama terutamanya UMNO adalah satu muslihat agar matlamat utama segera tercapai. Persetankan dengan janji apatah lagi dalam kelompok yang selamaini terang-terangan munafik.. Apa yang penting matlamat tercapai dan bongkarlah apa-apa pun tentang peribadi PM neschaya akan ditolak kerana ia memegang kuasa. Dan sememangnya UMNO ini menyembah dan bertuhankan kuasa manusia dari berTuhankan Allah Rabuljalil. Bayangkan bagaimana menantu kesayangan boleh disabitkan rasuah sewaktu Pak Lah di akhir kuasa. Akan dihumban ataupun dipelihara sebagai anjing suruhan supaya senang diajar menyalak dan kenal tuannya yang sebenar.
Pak Lah masih ada pilihan sebelum berundur dalam keadaan yang paling hina dalam sejarah UMNO. Sebagai penasihat kepada Seri Paduka Baginda nasihatkan bahawa Bijan perlu dibersihkan dahulu dimata rakyat sebelum memegang kuasa. Kalau untuk menjadi Presiden UMNO ia memang layak sekarang memandangkan kelompok mereka dari rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Segala macam kebobrokan berada dalam UMNO tetapi untuk menjadi PM dia mesti bersih dari segala macam skandal, kontroversi, korupsi, mehnah dan tribulasi serta masalah peribadi termasuk takutkan bini. PM yang merangkap Pengerusi OIC perlu berakhlak mulia, terpuji serta memiliki integriti agar negara kita tidak dianggap sebagai negara kuku besi, setaraf dengan Zimbabwe…
Peluang terakhir agar Pak Lah dikagumi oleh bukan sahaja pencinta keadilan dinegara ini tetapi juga merungkai kemelut moral di persada antarabangsa. Inilah ajaran sebenar Islam yang diajar oleh AlGhazali dan AsSyafie bagi menobatkan perjuangan yang suci lagi bererti.
Doakan cucu Allahyarham Fahim ini tabah serta sanggup mengharungi….peluang terakhir mengubah persepsi neschaya akan dianggap pejuang hakiki
No comments:
Post a Comment