Tuesday, April 14, 2009

ADUN BN PULAK DIUGUT BUNUH - Malaysiakini

kemaskini 11.17am Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Dipercayai beberapa ADUN BN akan menuju ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.

Krisis terhadap kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini genap setahun selepas perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan menteri besar waktu itu Datuk Seri Idris Jusoh.

Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.

From Malaysiakini

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN