Thursday, April 9, 2009

Penjelasan Saifudin Nasution Kemenangan di Dua Bukit - Malaysiakini

"Semasa pengumuman calon-calon pakatan rakyat di tiga kawasan pilihanraya kecil yang melibatkan dua Bukit dan satu Batang, gegarannya terasa hingga ke Monggolia. Namun begitu setelah segala gegaran yang berlangsung semasa kempen pilihanraya, Batang Ai masih setia dengan Barisan Nasional yang sudah ditolak rakyat di dua Bukit.Apakah silapnya dan kenapa ianya berkeputusan sedemikian? YB Ahli Parlimen Machang selaku Pengarah Strategik Pilihanraya Parti KeADILan Malaysia, Saifuddin Nassution punya jawapan dan memiliki alasan tersendiri untuk dikongsi bersama rakyat dalam satu ceramah umum "Pasca Pilihanraya Kecil Segitiga Monggolia" di Kuala Terengganu.
Luangkan masa anda pada hari Jumaat jam 9.00 malam di Padang "Danok" Kampong Kolam Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu pada tarikh 10.4.2004. YB Saifuddin dalam teleconversation bersama Sinar Hairan pagi ini menyatakan confirmationnya untuk hadir dan sedia membongkar pelbagai perkara yang belum pernah diketahui umum sebelum ini.
YB Saifuddin mengakhiri perbualan pagi ini dengan janji akan menyampaikan ceramah secara terus telus dan tulus kepada masyarakat setempat untuk mempastikan maklumat yang tepat disampaikan dengan cepat dan berhemah. Kepada yang berkesudian, sila hadirkan diri dalam majlis ini yang berlangsung sempena Hari Rapat Mesra Pas Kolam Kuala Ibai (Kubu ke 2 terkuat Pas selepas Rhusila), Kuala Terengganu.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN