Friday, April 3, 2009

Akan ada kejutan esok 4 April 2009 di Bukit Selambau - Malaysiakini

Oleh: Rusnizam Mahat.

KUALA LUMPUR, 3 APRIL (SK) - PENGARAH Strategi keADILan, Saifuddin Nasution berkata satu kejutan besar akan berlaku esok yang bakal menyaksikan impak besar kepada tiga pilihan raya kecil di Dun Bukit Selambau, parlimen Bukit Gantang dan Dun Batang Ai.

Bercakap dalam satu sidang media di Bilik Gerakan AMK, Sungai Lalang, Bukit Selambau tengahari tadi, beliau berkata perkara itu akan hanya diumumkan pada program ceramah esok yang akan dihadiri ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang pada jam 9 malam.

"Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihan raya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda," katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihan raya kecil tersebut.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata 'tunggu sehingga esok'.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

"Yang pasti kejutan ini akan memberi 'nilai tambah' kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihan raya kecil ini," katanya.

sumber : Suara Keadilan Online.

--
Lawatilah blog kami & rakan2 reformasi di..

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/

http://bloghijat.blogspot.com/

http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

http://zulmamakpng.blogspot.com/

http://kerani-opis.blogspot.com/

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

http://007malaya.blogspot.com/

http://chetokun.blogspot.com/


" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 comment:

Mohd Naim said...

mana kejutanya ?

anwar pembohong!!

sama jer macam 16 sept!

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN