Wednesday, April 15, 2009

BLACK 14- Lupakah rakyat -Malaysiakini







Pic semasa sambutan Black 14 2004, gambar besar DSAI itu cheGuBard yang buat dengan harga RM380, tetapi dirampas Polis dan tidak dikembalikan sehingga kini walau diminta dengan surat rasmi. Celaka betul depa ni..

Imej diatas sudah tentu menginagtkan kita kembali ke zaman sakit disebat FRU, dan lapar ketika dilokap. Black 14, ialah gelaran kepada 14 April dimana seluruh aparat kerajaan telah diperkuda secukupnya demi memenuhi nafsu gila pemimpin. Maka tarikh 14 April setiap tahun dikenang sebagai hari kemuncak kezaliman.

Hari ini 14 April, pagi ini sampai ke pejabat kerja yang bertimbun di selang seli dengan carian mengenai Black 14. Terjumpa tulisan seorang aktivis anak muda Zainul Faqar mengenai Black 14. Mungkin sifatnya selaku anak muda 'terpelajar' maka tulisan beliau boleh dikatakan tulisan antara terlengkap (ringkas dan padat) mengenai Black 14. Maka saya perturunkan dulu tulisan ini sebelum menaip komen dihujung tulisan ini nanti.



BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.
Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim.

Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.

Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.

Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.

Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.

Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.

Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.

Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.

Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.

Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan pernah meraikan BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.

Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).

Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.
Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.

Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.

Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.

Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.
Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard

Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.
Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.

Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.

Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.

DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!

MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?

Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.

DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.

Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?

Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.

Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.

Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – ‘Menghitung Masa Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’.

Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.

Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.
Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.

Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN pada tahun 1969.

Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang F.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.

Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.

BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.

Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara

Tulisan Zainul ini sebagai 'drumming up' menjelang Himpunan Black 14 2008 di Kampung Baru yang meraikan pembebasan penuh Anwar Ibrahim. Ternyata Anwar tidak tunggu lama dari tarikh itu setahun beliau sudah kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Susuk beliau telah berjaya membawa PAKATAN menumbangkan Bn di beberapa siri Pilihanraya Kecil.

Susuk inilah yang kini dibenci dan ditakuti Bn (baca ; pemimpin kianat dan korup). Kini kemudi negara di tangan Najib sebagai antagonis utama dengan menampilkan semula antoagonis lama, Mahathir sebagai penasihat. Kali ini pasti lebih hebat kerana wujud antagonis pembantu yang cukup tamak dan rakus, Rosmah.

Seperti biasa saat mula antagonis baru muncul pasti wajah baik ditunjukkan. Ini untuk melemahkan semangat melawan rakyat agar akur menurut. Sementara menurut pasti protagonis akan diselesaikan sebelum wajah antagonis sebenar dimunculkan.

Jangkaan cheGuBard zaman 'manja' Najib pasti tidak lama sebab ia pemimpin lemah dan naiknya penuh skandal terbeban.

Sasaran Najib sudah tentu memecahkan perpaduan PAKATAN, ketahuilah agen - agen berbayar beliau sudahpun berada dikalangan kita. Kedua selesaikan Anwar secepat mungkin. Menurut sumber dalaman Anwar akan diselesaikan dengan mempercepatkan kes mahkamah dengan semuanya yang pasti mengikut skrip, kehadiran Mahathir amat diperlukan kerana dia penulis skrip dan pengarah Mahakamh terbaik rantau ini. Selepas itu pasti aparat 'keselamatan' negara akan digunakan sepenuhnya untuk melumpuhkan saki baki perlawanan. Maka beraturlah 'kita' menuju negeri yang baru dirampas kuasa itu.

Tika ini ikatan kita makin pecah ada yang mahu terus melawan terang - terangan ada yang akan kata nanti dahulu ambil tempoh tenang tunggu pilihanraya ke 13 sahaja. Selepas dari mula dilakukan kekerasan maka akan pasti pasukan yang menaja 'dealing' ke depan sebab pasukan 'tadah dada' sudah ke dalam. Maka perlawanan dikendurkan, kemudian sedikit demi sedikit akan ramai yang berundur sama ada terbeli atau letih berlawan. Maka itu lah tamatnya skrip episod akhir mengikut tulisan mereka.

Kali ini anak muda perlu berikrar skripnya perlu dirobah. Tempoh selesa antagonis baru jangan diberi lama, dia bukan antagonis lama yang naiknya ditatang dengan harapan cuma dihujung eranya. Antagonis baru naiknya terpalit penuh skandal dan tanda tanya....

Akan ada satu babak dalam episod ini dimana antagonis lama akan sendiri berkrisis dengan pembantu antagonis kerana dua - dua keras kepala dengan mengatakan antagonis baru harus mengikut kehendak mereka.

Ini perlukan peranan pemain - pemain muda yang 'anergetic' dan 'kreatif' sifatnya. Umno kini hanya punya pemain politik tua yang ketinggalan sifatnya, yang muda biologinya tua pemikiranya. Contohnya kenapa juak - juak Umno gila - gila mahukan Najib ambil alih Pm sebelum Pilihanraya kecil baru baru ini... Ini kerana mereka sendiri termakan psywar mereka bahawa Umno lemah hanya kerana Pak Lah dan selepas Pak Lah diganti Umno akan kuat. Sebenarnya tidak tidak Umno memang sudah tua dan melemah bagi anak muda Pak Lah atau Najib tetap sama akan di depani... yang benci dan tak suka Pak Lah ialah orang Umno dan jika Pak Lah ditukar kepada Najib ia hanya beri kesan sedikit kepada Umno bukan rakyat.

Krisis dalaman parti mereka juga makin meruncing, guling mengguling, ADUN mereka tuduh menteri besar mereka mahu bunuh mereka... Ketua Pemuda terasing ke sudut dinding membina parti kononya... antara parti gabungan juga makin terasa...

Semua ini akan menjadi punca antagonis baru akan cepat menunjukkan wajah sebenar. Rakyat seharusnya jangan tunggu lama, perlu terus menyerang sebelum tersangkut tali gantung ke leher masa itu tidak berguna.

cheGuBard pasti ketika 14 April tahun hadapan tidak akan lagi duduk di sini merapu mengetuk komputer riba yang dibeli dengan hutang bulanan ini.

Tahun ini 14 April akan sambut dengan keluarga sahaja...tapi pasti tahun depan ia berbeza....

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN