Hari ini cheGuBard akan menumpukan selama dua hari bermula hari ini di Bukit Gantang sebelum akan bertolak semula ke Bukit Selambau. Suasana di Bukit Gantang ini nampaknya agak panas dari Bukit Selambau. Ada laporan pergaduhan dan sabotaj berlaku. Biasalah sebab di Bukit Gantang Umno, dan Umno sebagai parti yang makin lemas akan bertindak merapu.
Semalam hampir semua bendera DAP dan KEADILAN dirampas oleh SPR dan Polis di Bukit Gantang. Kononya kerana hanya PAS yang bertanding. Pagi ini pula semua ceramah anjuran KEADILAN tidak dibenarkan. Maka ko ordinator program KEADILAN telah bertindak pantas dan memasukkan makluman program melalui ko ordinator program PAS.
Panik dengan kerjasama dan tindakan pantas itu maka Polis telah mengeluarkan syarat bahawa semua penceramah khususnya KEADILAN dilarang menyebut isu Altantuya. Sesiapa yang menyebut akan dikenakan tindakan dibawah akta hasutan.
Sebelum ini Polis meletakkan syarat jangan menyebut pasal Kerajaan Perak dan kini pasal Altantuya. Polis menjadi alat Bn yang semakin ketakutan.
Maka cheGuBard ada 3 program ceramah malam ini dengan tajuk utama Altantuya..... hahahahahaa
Kalau Najib berani mengapa tidak saman sahaja akhbar Peranchis dan beberapa akhbar luar negara yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya
Dicedok dari Che,gu bard
No comments:
Post a Comment