KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA WANITA KEADILAN 6 April, 2009
Gangguan Seksual terhadap Srikandi KEADILAN oleh petugas Umno, di P059 Bukit Gantang
Pada 6 April 2009, jam 4.20 petang rombongan jentera pilihanraya KEADILAN yang terdiri daripada enam orang ahli Srikandi KEADILAN telah diganggu secara seksual dan diperlakukan secara kasar oleh sekumpulan petugas pilihanraya Umno di hadapan Bilik Khidmat Masyarakat Umno Bukit Gantang.
Salah seorang mangsa turut ditarik secara paksa ke dalam Bilik Khidmat Masyarakat Umno Bukit Gantang atas tujuan cubaan mencabul kehormatan mangsa. Walau bagaimanapun, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat. Berhubung kejadian ini, beliau yang ditemani oleh petugas pilihanraya KEADILAN dan saksi kejadian telah mengemukan dua laporan polis secara berasingan di Balai Polis Simpang, Bukit Gantang. Insiden durjana dan keji ini telah disahkan oleh Pengarah Pilihanraya Wanita KEADILAN Pusat Parlimen Bukit Gantang, Rodziah Ismail.
Wanita KEADILAN Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini dan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan media kawalan Umno-BN yang dilihat sebagai berat sebelah dan tidak beretika. Wanita KEADILAN akan menyaman mana-mana media yang menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat adalah laporan palsu; media berkenaan perlu memperbetulkan laporannya kerana bukti kejadian dan pencabulan kehormatan mangsa adalah jelas dan lengkap.
Insiden ini telah mengambarkan betapa sebahagian petugas pilihanraya Umno sanggup dan tidak teragak-agak melakukan perbuatan yang terkutuk dan melampaui batasan moraliti dan agama.
Wanita KEADILAN menuntut agar pihak polis segera menyiasat dan membuat tangkapan berdasarkan kenyataan mangsa dan saksi. Kejadian durjana sedemikian tidak seharusnya berlaku dan berulang.
Kembalikan kepada wanita Malaysia nikmat rasa selamat dan aman kepada di Malaysia.
Zuraidah Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN Malaysia.
Sebarang pertanyaan berhubung kenyataan di atas, sila hubungi Biro Penerangan Wanita KEADILAN, Rozaini Mohd Rosli: 019-2676879, rozainiebbm@yahoo.com
No comments:
Post a Comment