Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat ini, hampir RM20 juta kerugian akibat demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu telah ditaksir.
"Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.
"Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya, termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.
"Pelabur asing pun enggan datang," katanya.
Beliau diminta menjelaskan jumlah sebenar kerugian peniaga akibat demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) didakwanya membawa kerugian RM100 juta hingga RM200 juta.
Senator itu juga berkata, kerajaan tidak akan memberikan bantuan kewangan kerana kerugian tersebut tidak berpunca daripada mereka.
"Pada masa ini, saya rasa (kerajaan) tidak patut terlibat. Ini bukan kesilapan pihak kerajaan, tetapi (kesilapan) mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Kita boleh jadi pemudahcara sahaja. Kita tidak mampu hendak buat ini. (Jika tidak) esok, ada demonstrasi lain, orang lain pula buat tuntutan.
"Bukan kita yang buat demonstrasi," katanya selepas merasmikan seminar kecemerlangan pelajar SPM di Kerinchi, Kuala Lumpur petang ini.
Ditanya mengenai kemungkinan berlaku kerosakan sampingan akibat tindakan polis, Raja Nong Chik berkata: "Yang saya nampak, tidak besar, kalau ada pun. Ia lebih kehilangan pendapatan."
Beliau juga berkata, Umno tidak terlibat dengan usaha sayap Pemudanya di Wilayah Persekutuan yang menawarkan khidmat guaman terhadap sekumpulan peniaga yang ingin menyaman GMI semalam.
"Tidak ada. Saya tidak terlibat dengan usaha Pemuda Wilayah. Itu mereka dengan baik hati hendak membantu," katanya, sambil menafikan Umno menjadi dalang memburukkan GMI.
Beliau berkata, kerajaan mesti konsisten menolak sebarang demonstrasi, walaupun melibatkan isu selain ISA dan melibatkan anggota Umno sendiri.
"Kalau boleh, elakkanlah demonstrasi. Perdana menteri pun kata, adakan di tempat tertutup macam di stadium," katanya, mengulas cadangan demonstrasi bersama Pemuda PAS-Umno di Shah Alam esok.
Pemuda Umno hari ini dilaporkan berhasrat menyertai demonstrasi PAS bagi mendesak pemimpin DAP Ronnie Liu dilucutkan daripada exco kerajaan tempatan Selangor susulan dakwaan beliau campur tangan isu mengawal arak.
Minta pelawat untuk beri komen berkenaan isu ini.
3 comments:
Lepas nie xyah g shopping kat Jalan TAR dan Mydin.. Deme kaya ghopenya.. 1/2 hari xniaga rugi beratus ribu sorang.. Kita tolong peniaga kat tempat lain la pulak.. Banyak lagi tempat ada jual benda yang sama ngan Jalan TAR..
Teksi kat KL pun kita boikot.. Nak mintak naik tambang, punya la cite hidup susah.. Ghopenya pendapatan satu hari beribu ringgit..
Salam,
punya nak pembohong,penjualan kueh bengkang boleh pendapatan beribu ringgit satu hari!
cam tu pun tv boleh siar...aha ada nilai ka cerita cam niii!...pemberita pun kena behenti lah ....buat cerita yang tak ada nilai..hampeh!
pembohongan tahap al kisah ...cerita seribu satu malamm.
hikayat demo ISA....aaaaaarr
ini semua kan apa nak gempak aje lebih kat tv ........minta simpati dari org jgn buat demo dah kat situ .....k'rajaan payah nak kerah polis nak pi jaga pasai lorong tikus banyak sgt senang para pendemo nak lari.........ligan kot nu keluaq kot nie....kah..kah...kah...tp keraniopis takyah lari lah pasai tok bon kan nak pegang buang masa depa kata.....
Post a Comment