Tuesday, August 4, 2009

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR - malaysiakini

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR

Saya merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.
Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

Angkatan Muda Bayan Baru menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini sekeras-kerasnya. Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat selepas 1999.

Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru dengan ini mendesak agar YB Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka., bukan sahaja permohonan maaf kepada Sdr Mohd Razali Abdullah tetapi juga kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru juga mendesak YB Jeff Ooi agar menggunakan saluran yang bersesuaian untuk memberi teguran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang dirasakan bermasalah atau perlu diberi teguran. Beliau juga harus segera berhenti dari menggunakan media untuk mengetengahkan pandangan beliau.

Sekian. Terima Kasih.

Ahmad Azrizal Tahir

Ketua Angkatan Muda Keadilan,

Parti Keadilan Rakyat,

Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang

Rizaltahir@gmail.com

2 comments:

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

cayalah..hidup azrizal

keraniopis said...

hatiminda ....hang ni tara baca punya worang, GMI gabungan NGO dan parti politik. Apa salah biar rakyat serah memorandum, dalam 2 jam selesai laaa....Bodoh piang...buta hati dan buta minda

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN