Thursday, August 6, 2009

Guan Eng minta Jeff Ooi tarik balik kenyataannya - Malaysiakini



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta ketua kakitangannya, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya mengenai Jemaah Islah Malaysia (JIM) jika ia tidak wajar dibuat.

Lim berpandangan bahawa JIM bukan sebuah badan ekstremis seperti yang disebut oleh Jeff terhadap salah seorang ahli jemaah tersebut, juga juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali - ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSC) di bawah MPPP - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.

Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan dan JIM pula meletakkan
visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Kenyataan Jeff itu turut dibantah oleh gabungan 27 NGO Islam yang mengemukakan memorandum semalam menuntut ahli parlimen Jelutong itu memohon maaf.

Angkatan Muda PKR Pulau Pinang juga turut menyerahkan memorandum bantahan yang sama ke pejabat ketua menteri hari ini.

Manakala, dalam kenyataan hari ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga berasa tidak wajar bagi Jeff Ooi mengheret JIM dalam pertelingkahannya dengan Mohd Razali.



Oleh itu, Setiausaha DAPSY negeri itu, Ng Wei Aik meminta perselisihan faham di antara Jeff dan JIM ditangani segera.

Ng berkata, DAPSY berpendapat JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis dan pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi.
"Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat," kata Ng yang juga setiausaha politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


1 comment:

manja said...

bernaung di bawah Islam adalah selamat,junjungan besar nabi muhammad (PBUH)menyatakan sesiapa yg menyakiti org2 kafir yg bernaung d bawah kerajaan Islam seolah2 nya menyakiti ku..jaminan d beri oleh seorang nabi,belum ada mana2 catatan sejarah mangsa perang d zalimi,yg berlaku adalaH SEBALIKNYA.itulah ajaran Islam ...mana ada extremed..pelampau..tidak letak sesuatu pd tempatnya lah pelampau.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN