Sunday, August 2, 2009

pic dari Balai Polis Bukiit Jalil - Malaysiakini


Senarai 1 tahanan wanita


senarai 2 tahanan wanita


Kelihatan YB Salehudin Ayub turut hadir



YB Eli bersama pimpinan Dewan Muslimah di perkarangan Balai Polis Bukit Jalil


Bekas lebam kerana ditembak dengan gas pemedih mata tepat ke bahagian badan oleh Polis


YB Eli berada di luar dan YB Zuraidah yang sampai awal ke Balai.


Ahli PKR dari Gelang Patah sedang menceritakan bagaimana Polis secara membuta tuli melepaskan tembakan gas pemedih mata terus kepada orang ramai


Syed Ibrahim Pengerusi GMI dan YB Dr Xavier turut hadir memberikan sokongan di Balai Polis Bukit Jalil

seramai 72 orang termasuk Ahli Parlimen Subang yang juga peguam kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sdr Sivarasa Rasiah telah dipindahkan dari Depot FRU Cheras ke Balai Polis Bukit Jalil malam tadi. Mereka telah ditahan sebelum dan semasa perhimpunan aman GMI membanatah ISA. Tindakan polis telah dikecam hebat kerana turut menahan seramai 38 orang kanak-kanak bawah umur dan 37 wanita .Kanak-kanak ini telah dipisahkan dari penjaga/ ibu bapa mereka. Rasa tidak puas hati penyokong dan peguam yang hadir memuncak apabila anggota polis bertugas di Balai Bukit Jalil telah memaklumkan mereka tidak tahu lokasi tahanan bawah umur, namun setelah didesak oleh pasukan peguam yang hadir baru mereka cuba mencari maklumat berkenaan. Dimaklumkan yang kanak-kanak bawah umur yang telah dipindahkan dari Depot FRU telah dibawa ke Balai Polis Petaling berhampiran Jalan Klang Lama. Berlaku juga insiden pertikaman lidah yang disaksikan oleh wartawan yang hadir dimana Sdr Hanifa Maidin telah dihalang dari memasuki Balai tersebut. Beliau hadir sebagai peguam kepada mereka yang ditahan. Akhirnya setelah campur tangan dari beberapa pegawai polis yang hadir dan desakan dari penyokong yang hadir beliau telah dibenarkan masuk. Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah kelihatan telah tiba lebih awal untuk mendapatkan senarai mereka yang dipindahkan ke situ.
Seorang peserta demo iaitu ahli AMK dari Gelang Patah, Johor telah membuat laporan di balai tersebut memaklumkan beliau telah ditembak dengan gas pemedih mata tepat ke badan. Che'gu Bard telah membawa beliau untuk mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi.

Berita susulan akan menyusul.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN