Friday, April 3, 2009

Bebaskan tahanan ISA - Malaysiakini



Pagi ini telah diadakan sidang media bersama calon N25 BUKIT SELAMBAU di BILIK GERAKKAN AMK KEDAH.Sidang media tersebut juga di hadiri oleh MP BATU YB TIAN CHUA dan MP MACHANG YB SAIFUDIN NASUTION.Terdapat 3 perkara menarik telah di dedahkan ketika sidang media sebentar tadi,MP BATU telah mendedahkan ada satu risalah yang di sebarkan di sekitar BUKIT SELAMBAU memperburukkan calon N25 BUKIT SELAMBAU S.MANIKUMAR.Risalah tersebut di jumpai di KAWASAN TAMAN RIA dan di percayai telah di sebarkan ke seluruh BUKIT SELAMBAU.Jelas MP BATU lagi ini merupakan taktik jahat dan fitnah terhadap CALON PKR S.MANIKUMAR.Antara lain isi kandungan risalah tersebut menyatakan bahawa PKR telah menolak calon HINDRAF untuk di jadikan calon N 25 BUKIT SELAMBAU.MP BATU YB TIAN CHUA menjawab pertuduhan tersebut dengan menyatakan tiada cadangan rasmi daripada HINDRAF mengenai calon N 25 BUKIT SELABAU,ia di putuskan oleh PARTI KEADILAN RAKYAT.

Dalam pada itu MP BATU YB TIAN CHUA juga menyentuh mengenai perlantikkan NAJIB RAZAK sebagai PM MALAYSIA YANG KE 6.YB TIAN CHUA telah mendesak PM BARU NAJIB RAZAK supaya membebaskan ke semua tahanan ISA termasuk 5 ORANG HINDRAF yang di kini di tahan di KEM KEMUNTING ketika ini.Sudah menjadi tradisi apabila PM baru yang di lantik akan membuat tindakkan yang drastik bagi membebaskan tahanan,sebagai contoh ketika TUN MAHATHIR di lantik sebagai PM KE 4.T UN MAHATHIR telah membebaskan tahanan yang di tahan pada era 70an.Kini tugas PM yang ke 6 UNTUK MENERUSKAN TRADISI tersebut.

MP MACHANG yang juga Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat, YB SAIFUDIN turut memberi tahu wartawan bahawa pada malam ESOK ada kejutan yang bakal di lakukan ketika CERAMAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Ceramah tersebut akan di adakan di DEWAN HOCK SENG SUNGAI LALANG.Sidang media berakhir pada jam 11.50tghr.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN