Sunday, April 5, 2009

Khairi akan disiasat lagi - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 5 April (SK) : Siasatan terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan buat olah Lembaga Disiplin Umno dalam masa terdekat ini.

Sasaran utama Perdana Menteri Najib Razak kini adalah meneruskan pembersihan parti daripada penyokong mantan beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy merupakan sasaran utama beliau dan mentornya Dr Mahathir Mohamad yang akan memastikan perkara ini berlaku.

Khairy antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno Mach lalu berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding bersabit kesalahan yang sama.
Beliau berkemungkinan tidak sempat untuk memanaskan kerusi yang disandangnya dengan berasaskan politik wang itu apabila hangat diperkatakan bahawa Lembaga Disiplin Umno telah menerima maklumat baru berkaitan penglibatan rasuah dalam perebutan jawatan semasa penamaan calon bulan lalu.

Jika beliau disabitkan dengan kesalahan rasuah, berkemungkinan Ketua Pemuda itu akan terpaksa mengosongkan jawatan partinya dan ini akan membuka laluan kepada dua calon yang kalah untuk memangku jawatan Ketua Pemuda untuk tempoh tiga tahun.
Dimata umum, kerjaya politik Khairy tidak akan kemana selepas bapa mertuanya meletakan jawatan, beliau juga akan mendapa tempias yang sama secara tidak langsung.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak 2006 telah tidak henti-henti mengkritik pentadbiran Abdullah sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau lebih awal daripada sepatutnya.
Dr Mahathir sendiri mendakwa Khairy mempunyai pengaruh besar ke atas bapa mertuanya itu semasa di dalam kerajaan dan menyalahkan menantu Abdullah terhadap penurunan populariti kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah.

Dengan Najib sebagai Perdana Menteri baru sudah tentu Dr Mahathir sebagai penasihat beliau akan memastikan kerjaya politik Khairy dalam umno akan ditamatkan riwayatnya secepat mungkin di atas perasaan dendam beliau terhadap anak muda yang berpotensi itu.
Khairy dalam Umno yang dikelilingi oleh orang-orang Najib sudah tentu akan terasa tergugat dan ini akan mencetuskan pergolakan yang lebih serius dalam parti yang sudah pun menghadapi masa depan yang semakin pudar dan gelap berikutan kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum ke 12 pada 2008.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN