Wednesday, April 1, 2009

Sarang Pengundi Hantu ditemui di Bukit Selambau - Malaysiakini


Sdr Faris Musa bersama Hj Abd Latiff bin Noh salah seorang tuan punya rumah dimana alamat beliau mempunyai seramai 42 orang pengundi yang tak dikenali .



Sdr Faris bersama SKUAD AMK dihadapan rumah yang dikenalpasti di Taman Bandar Baru

Bukit Selambau - 1st April 2009 -Tim Ketua Angkatan Muda Pusat - Sdr Faris Musa bersama skuad AMK akan membuat laporan polis bersama tuan punya rumah yang alamat mereka digunakan di dalam buku daftar pemilih SPR di di Ibupejabat Polis Daerah Kuala Muda berkenaan penemuan seramai 3029 pengundi hantu di beberapa JDM dalam DUN Bukit Selambau. Dii Taman Bandar Baru sahaja sejumlah 2215 orang pengundi hantu ditemui. Jumlah keseluruhan pengundi di Taman Bandar Baru berdasarkan buku rujukan daftar pemilih SPR berjumlah 3544. Bermakna 64% jumlah yang dikeluarkan oleh SPR tidak wujud di Taman Bandar Baru.
Perhimpunan BERSIH 10 Nov 2007 mendesak dalam dalam salah satu dari memorandum agar SPR membersihkan senarai pengundi, tetapi nyata sekali memorandum ini telah dibakulsampahkan oleh SPR.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN