Sunday, April 5, 2009

Sidang Akhbar oleh YB Tian Chua 2 hari sebelum Pilihanraya- Malaysiakini





Sebentar tadi jam 1130 diadakan sidang media di Pusat Media Yayasan Aman Sungai Lalang,DI dalam sidang media Sdr Low Chee Chong Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILAn telah mendedahkan tentang sebaran risalah yang dilakukan oleh MCA dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau keterlaluan dan berbentuk fitnah . Risalah tersebut diedarkan kepada masyarakat Cina di sekitar DUN Bukit Selambau.risalah tersebut memuatkan fitnah kepada kerajaan Kedah, Risalah tersebut memaklumkan yang kerajaan Negeri memberikan geran pendudukan kepada penduduk melayu selama 99 tahun tetapi kepada penduduk Cina cuma 60 tahun sahaja .Sebenarnya Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah memilih bulu untuk memberi geran kepada penduduk Kedah .Ini dakwaan palsu dan berniat jahat serta bertujuan untuk memburukkan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman , menurut beliau.
Sdr Tian Chua Ketua Penerangan Parti KEADILan Rakyat memaklumkan yang UMNO tidak pernah berbincang dengan parti-parti lain dalam membuat pemilihan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Beliau juga mahu SPR memastikan kertas undi yang dikeluarkan harus mengandungi nombor.
Cikgu Bard memaklumkan yang pihak Parti KeADILan Rakyat telah mengesan adanya cubaan untuk membayar dan mengambil kad pengenalan milik pengundi di kawasan Bukit Gantang. Sekiranya ada kes seumpama itu di Bukit Selambau, beliau meminta pengundi untuk tampil kedepan dan membuat laporan dengan segera. Turut hadir dalam prog tersebut ialah YB Nurul Izzah.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN