Wednesday, April 1, 2009

Sidang media YB Saifudin Nasution Ismail di Bukit Selambau - Malaysiakini





Pada pukul 11.30 tengah hari sebentar tadi YB SAIFUDIN(MP MACHANG)telah mengadakan sidang media bersama calon N25BUKITSELAMBAU S.MANIKUMAR.Sidang media di adakan di BILIK GERAKKAN AMK KEDAH yang berada di SUNGAI LALANG.Dalam sidang media tersebut YB SAIFUDIN mendedahkan bahawa mengikut satu kajian yang di jalankan menunjukkan PENGUNDI INDIA masih tidak berpuas hati dengan kepimpinan PRESIDEN MIC SAMMY VELLU.

Menurut YB SAIFUDIN lagi kunjungan CALON PKR S. MANIKUMAR mendapat sambutan dari pada pengundi di sekitar BUKIT SELAMBAU.Terdapat beberapa isu yang di bangkitkan oleh pengundi kepada CALON S.MANIKUMAR iaitu mengenai masalah keselamatan CONTOHNYA MASALAH PECAH RUMAH,CURI KENDERAAN,VENDELISME dan lain-lain lagi.Perkara tersebut yang di titik beratkan oleh penduduk ketika ini.Sidang media berakhir sekitar 12.15


Rujuk berita dari Harakahdaily

BUKIT SELAMBAU, 1 April (Hrkh) - Hasil kajian lapangan terhadap masyarakat setempat mendapati sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau, S Manikumar makin meningkat dan ramai yang mahukan calon yang dikemukakan oleh Parti KeADILan Rakyat Malaysia (KeADILan) menumpukan terhadap beberapa aspek yang selama ini diabaikan oleh Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategi Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail dalam sidang medianya di Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang pagi tadi juga mengucapkan terima kasih pada petugas yang setiap masa bersama rakyat dari rumah ke rumah melakukan tinjauan.

Itulah kenyataan yang ada, rakyat mahukan Adun yang memberikan perhatian pada aspek peningkatan kadar jenayah, kecurian motosikal, masalah dadah dan pecah rumah, katanya.

Selain itu apa yang dikehendaki oleh masyarakat setempat ialah kemudahan asal seperti longkang tersumbat, lampu jalan, kebersihan reakrasi dan sebagainya, jelasnya.

"Jika menang calon Pakatan Rakyat akan menumpukan pada masalah bagaimana hendak membantu mengatasi masalah peningatan kadar jenayah dan memperlengkapkan kemudahan asas yang selama ini terabai.

"Kita dapati suara agar Adun bantu mengatasi peningkatan sebanyak 25 peratus manakala mengemukakan suara kemudahan asal sekadar 12.8 peratus," jelasnya.

Selain Manikumar bertindak sebagai calon pilihan raya kecil kali ini beliau juga akan bergerak sebagai mata dan telingga parti kerana masalah yang lama boleh diselesaian sekiranya kerjasama dilaksanakan bersama menerusi dialog dengan pihak polis.

Beliau turut menyentuh mengenai sikap pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dato' Nagesan dan Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu di kalangan kaum India di bawah 20 peratus.

"Dulu sokongan terhadap Samy Vellu sangat hebat tetapi sejak kebelakangan ini jatuh merudum. Berlainan dengan pesonaliti Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mendapat markah lulus," tegas beliau lagi.

Sokongan terhadap bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga pun tidak ke mana ekoran tindakan drastiknya sehingga mencetuskan huru-hara dalam kes Negeri Perak serta kes melibatkan Antantuya.

Rumusannya kata Saifudin, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan prihatin yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Penyelaras Petugas Luas Merbuk, Senator Zamri Mohd Yusuf dan Pengarah Operasi Pilihan raya Kecil Bukit Selambau, Saiful Izham Ramli. - mns _


No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN